Sejarah
-
Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang mereka kenali sebagai
Punt,
atau "Ta Nteru" ("Tanah Dewa-dewa"). Suatu suatu masa dahulu, ia
biasanya diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali
sebagai persisiran
Somalia, Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan
Sudan atau
Eritrea.
Sejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar
3000 SM, walaupun bukti
arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama.
Sepanjang
Sungai Nil, pada
milenium ke-10 SM,
kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal
telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan
pengumpul-pemburu yang menggunakan
peralatan batu. Bukti turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan
Sudan, sebelum
8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar
8000 SM mula mengeringkan padang ragut di
Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan
Sahara (
2500 SM),
dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke
sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan
masyarakat yang lebih berpusat. Terdapat bukti ternakan dan penanaman
bijirin di Timur
Sahara pada
alaf ke-7 SM. Sehingga
6000 SM
penduduk Mesir purba di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu
dan membina bangunan besar. Mortar dalam pembinaan bangunan telah
digunakan menjelang
4000 SM.
Tempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan
Naqada. Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan
Predinasti Mesir lebih awal, di
Paleolithik Bawah (lihat
Pradinasti Mesir).
Mesir bersatu sebagai satu negara sekitar
3000 SM.
Kronologi Mesir termasuk menetapkan permulaan dan pengakhiran sesuatu dinasti sekitar tempoh masa ini.
Kronologi Mesir biasa
adalah yang diterima pakai semasa abad ke 20, tetapi tidak termasuk
cadangan rombakan besar yang turut diajukan ketika itu. Malah dalam
hasil kerja yang sama, seringkali pakar kaji purba menawarkan beberapa
tarikh yang mungkin atau beberapa khronologi lain sebagai mungkin.
Disebabkan itu, kemungkinannya terdapat beberapa perbezaan antara
tarikah ditunjukkan di sini dan dalam rencana pemerintah tertentu.
Seringkali juga terdapat beberapa variasi ejaan nama.